Kuala Lumpur – Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di laporkan terbakar kira-kira jam 5.20 petang tadi.
Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10, yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah bermula dari ‘pantry’ sebelum merebak ke tempat lain.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran di bangunan itu dilihat dapat dilihat dari jarak yang jauh dan kenderaan bomba menghadapi kesukaran untuk tiba di tempat kejadian kerana kesesakan lalu lintas.
Sepasukan jentera dari balai yang berhampiran telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Api yang marak telah dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.47 malam tadi.
No comments:
Post a Comment