Friday, 6 February 2015
9 Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Lelaki Sudah Mula Jatuh Hati Dan Sukakan Anda !!!
Berikut adalah tanda apabila si jejaka mula jatuh hati pada anda :
1. Dia selalu memerhatikan anda
Bila anda bercakap dengan orang lain,mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Jika ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat kepada anda.....
2. Dia amat berguna
9 tanda bila lelaki jatuh hati dan sukakan andaAdalah penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.Jika dia tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda!
3. Selalu puji anda
Dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti anda dan menerima anda seadanya.....
4. Bersetuju dengan pendapat anda
Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda dalam bulatan sosial, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda....
5. Dia melakukan perkara gila-gila untuk anda
Cinta membuatkan kita sedikit gila. Kalau dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata nakkan perhatian dari anda, maknanya dia memang ada hati pada anda.Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan apa saja demi anda!
6. Dia selalu menghubungi anda
Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,ehem ehem..adalah tu!
7. Dia melindungi anda
Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di sekeliling anda. Menjadi pelindung juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan....
8. Dia cemburu
Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya....
9. Dia berkongsi perasaan dengan anda
Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment