Thursday, 1 January 2015

Gelaran Perampas Suami Orang, Isu Hangat Dan Hangit Pelakon2 Dan Hanez Suraya Ratu Kontroversi 2014!!!







KUALA LUMPUR, 19 DIS 2014: Saban tahun, industri hiburan tanah air kita sering digegarkan dengan pelbagai kisah kontroversi yang melibatkan golongan selebriti tempatan kita.

Sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya, 2014 juga tidak lekang dengan cerita-cerita panas tentang pergaduhan sesama artis, artis wanita merampas suami orang serta artis yang berkahwin secara rahsia.

Malah, ada juga di kalangan artis-artis yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi sehingga dikecam oleh masyarakat umum.

Sebagai penutup tirai 2014, murai.com.my ingin membawa pembaca semua menyingkap 15 kontroversi paling hangat yang melanda artis kita sepanjang tahun ini.

Bukan mahu membuka pekung di dada sebaliknya, sorotan ini disingkap kembali sebagai renungan bersama, agar segala peristiwa pahit yang pernah melanda sebahagian artis ini akan dapat menjadi iktibar buat kita semua.








1. Pelakon Hanez Suraya Didakwa Perampas Suami Orang

Kira-kira pada awal Mac tahun ini, dunia hiburan digemparkan dengan berita pelakon Hanez Suraya menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka berstatus suami orang iaitu Romie. Kisah artis ini makin hangat apabila isteri kepada kekasihnya iaitu Nurliyana Manan muncul memberi kenyataan kepada pihak media bahawa suaminya sudah semakin dingin dengannya sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Hanez.

Hanez dan Romie kemudian akhirnya terpaksa mengadakan sidang media untuk menjelaskan kepada semua pihak bahawa mereka tidak bersalah kerana rumahtangga Romie dan isteri sudah lama bergolak sebelum kehadiran Hanez Suraya lagi, malah mereka dalam proses perceraian di mahkamah.

Impak dari isu perampas suami orang itu, banyak laman sosial seperti Instargam dan Facebook diwujudkan oleh peminat dunai seni tanah air sebagai tanda protes dan benci terhadap Hanez Suraya dan tidak kurang juga wujud yang mewujudkan akain lama sosial media untuk menyokong Liyana. Pun begitu, hubungan dia ntara Hanez Suraya dengan Romie tidak dapat bertahan lama dan mereka kini sudah pun disahkan berpisah sejak November lalu.






2. Kontroversi Foto NurFazura Didakwa Bercumbu Di Lapangan Terbang KLIA Tersebar dan Isu Perang Dingin Dengan Sekumpulan Wartawan


Nama Nur Fazura kecoh diperkatakan apabila wujud gosip di sebuah blog yang mendakwa mereka telah ternampak kelibat pelakon Nur Fazura dengan seorang jejaka mat salleh yang dipercayai teman lelakinya sedang bercumbuan dalam keadaan mesra di lapangan terbang KLIA sehingga ada melibatkan adegan urut-urut belakang dan saling melentukkan kepala di bahu.

Pun begitu, Fazura sendiri mengambil pendekatan untuk tidak mahu menjelaskan apa-apa mengenai gosip tersebut apabila seolah-olah mengelak untuk menjawab soalan media ketika ditujukan soalan mengenai gosip berkenaan.

Sebelum itu, Fazura dikatakan sedang telah berperang dingin dengan sekumpulan wartawan berikutan tindakannya yang telah memuatnaik gambar artikel bersama wajah seorang wartawan yang telah tersilap mengeja nama arwah bapanya, Sharifuddin Adnan melalui akaun Instagramnya.

Disebabkan itu, peminat fanatik Fazura telah mengecam dan memberikan komen yang terlalu pedas terhadap wartawan ini seolah-olah beliau melakukan kesalahan yang melampau. Lebih hebat lagi, ada yang meletakkan senarai etika kewartawanan pula ketika memberi komen.


Pelakon Fazura kini dikatakan sedang ‘berperang dingin’ dengan sekumpulan wartawan berikutan tindakannya yang telah memuatnaik gambar artikel bersama wajah seorang wartawan yang telah silap mengeja nama arwah bapanya, Sharifuddin Adnan melalui akaun Instagramnya.






3. Kontroversi Abby Abadi Didakwa Diceraikan Kerana Sering Mencederakan Suaminya dan Isu Bidas Kenyataan Dr Mashitah Mengenai Pendakwah Ekspress


Selepas menggemparkan industri dengan kisah perkahwinannya bersama lelaki muda bernama Farhan di Selatan Thai, Abby Abadi sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas bercerai dengan jejaka kelahiran Sabah itu.

Abby Abadi telah didakwa mencederakan Farhan beberapa kali. Dakwaan itu telah dibuat oleh Farhan sendiri dengan menunjukkan foto kecederaan yang dialami di wajah dan tangan sebagai bukti. Malah Farhan akui ianya salah satu sebab mengapa mereka bercerai.

Namun dakwaan itu telah disangkal sekeras-kerasnya oleh Abby. Malah, Abby juga telah mendedahkan perbualannya dengan Farhan menerusi SMS di Instagram yang tiba-tiba mengaku tidak memberi kenyataan apa-apa terhadap media mengenai isu kecederaan tersebut.

Selepas reda mengenai isu perceraian itu, Abby Abadi melalui HarakahDaily, menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap perbahasan Dr. Mashitah di Perhimpunan Agung UMNO yang dengan lantang menyuarakan isu mengenai fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’.






4. Ramli MS dan Alyah Akhirnya Mengaku Sudah Bernikah Selepas Diserbu Pihak JAIS

Berita tentang perkahwinan mereka secara senyap-senyap sudah lama dapat dihidu oleh pihak media. Namun, baik Dato' Ramli MS mahu pun Alyah, masing-masing lebih gemar berteka-teki tentang status hubungan mereka terhadap pihak media mahu pun masyarakat umum. Namun selepas sekian lama berteka teka, akhirnya status hubungan Ramli MS dan Alyah terjawab juga apabila pasangan ini mengaku sudah bernikah selepas Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu kediaman mewah komposer ternama berkenaan di Bandar Kinrara pada akhir Ogos lalu.







5. Amy Search Memaki Hamun Nabila Huda Di Instagram Menerusi Foto Bercumbu

Gempar industri hiburan seketika apabila penyanyi lagenda rock, Amy Search dilihat telah menaikkan satu komen berbaur kata-kata kesat ke entry gambar Nabila Huda yang bercuti bersama kekasih di Instagram yang dlihat seperti sedang bercumbu. Difahamkan Amy telah melontarkan komen itu setelah tidak tahan dengan kontroversi apabila ada seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian selain gambar-gambar mesranya dengan kekasih.



Pun begitu, Syawal lalu, sengketa mereka dilihat seperti sudah berakhir apabila hubungan antara Amy Search dengan Nabila dilihat bertaut kembali menerusi foto-foto emsra mereka beraya bersama yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram masing-masing.








6. Kontroversi Neelofa Bakal Bernikah Dengan Kerabat Diraja

Selepas kontroversi putus cinta dengan aktor Hans Issac, pelakon Neelofa mengejutkan industri hiburan apabila tampil dan membuat keputusan untuk berhijab penuh pada Ramadan lalu. Tidak lama selepas itu, nama Neelofa dikaitkan pula dengan kerabat diraja.

Kontroversi yang melibatkan pengacara dan pelakon Neelofa yang bakal berkahwin dengan kerabat diraja nampaknya semakin merunsingkan apabila dia tidak mahu memberikan kenyataan langsung berhubung dengan perkara itu. Sebaliknya perkara itu masih tidak terjawab hingga kini.








7. Aliff Aziz Didakwa Bersalah Mencuri Telefon Di Singapura dan Kontroversi Mabuk Ketika Memukul Orang


Gempar apabila berita dari sebuah surat khabar di Singapura mendedahkan Aliff Aziz didakwa bersalah kerana mencuri telefon bimbit di negara kelahirannya itu sekaligus menjawab persoalan kehilangannya selama ini. Pun begitu, Aliff telah muncul sebulan kemudian dalam sebuah sidang media di Malaysia menjelaskan dia tidak bersalah.

Terbaru, timbul pula kontroversi Aliff memukul seorang pekerja hotel di sekitar Kuala Lumpur selepas berakirnya Anugerah Industri Muzik Malaysia. Aliff menejlaskan waktu kejadian itu dia tidak menyedari apa-apa dan mendakwa dirinya disampuk. Namun lain pula ceritanya daripada mangsa yang dipukul kerana dia mendakwa ketiak kejadian tersebut berlaku, bau arak yang amat kuat boleh dihidu daripada badan Aliff Aziz.








8. Sharnaaz Ahmad Didakwa Telah Menyerang , Memaki Lisdawati Yang Sedang Hamil

Sepertimana yang dilaporkan di dalam sebuah akhbar, Sharnaaz Ahmad telah menyerang sambil memaki Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta pada Februari lalu. Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima SMS (pesanan khidmat ringkas) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas Fauzi meminta penjelasan daripada Sharnaaz mengapa dia berbuat demikian. Lisdawati dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan diri. Bagaimanapun kes itu selesai selepas pasangan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi program H!Live sebaik saja pulang daripada mengerjakan umrah dari Tanah Suci Mekah.









9. Aksi Mesra Nelydia Senrose Bersama Sharnaaz Dalam Drama Buat Qi Razali Cemburu

Aksi mesra berpelukan dan intim pelakon Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta telah mengundang sikap cemburu Qi Razali sebagai kekasih kepada Nelydia. Dek kerana tidak tahan melihat aksi mereka berdua di laman sosial Instagram yang dimuat naik sendiri oleh Sharnaaz, Qi telah meluahkan perasaan bengangnya terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya. Bagaimana pun isu cemburu ini selesai selepas drama itu tamat dan hubungannya dengan Nelydia kini semakin baik.








10. Baju Ketat Yang Digayakan Rebecca Nur Al Islam ala Teletubbies Dikecam

Akibat memuat naik foto di Instagram yang mengenakan baju yang agak ketat hingga menampakkan bentuk di bahagian kemaluannya, pelakon Rebecca Nur Al Islam telah dikecam oleh pengikutnya kerana dikatakan kurang sopan dan sesuai bagi seorang wanita muslim yang bertudung sepertinya. Malah baju yang ketat melekat di tubuhnya itu turut dikatakan menyerupai watak kartun Teletubbies. Pun begitu, Rebecca tidak berdiam diri sebaliknya terus memberi respon di Instagram dengan memuat naik foto kartun Teletubbies warna merah dengan kapsyen menyatakan kekesalan akibat dimalukan. Oleh itu, Rabecca telah menyamakan penyebar itu sebagai pembunuh senyap-senyap atau silent killer.






11. Tiada Liptan Konsert, Shila Amzah Salahkan Media Melayu

Menerusi sebuah kapsyennya di laman sosial Instagram, Shila Amzah dilihat telah menempelak media Melayu yang tidak memberi liputan untuk konsertnya di Malaysia pada 13 September yang lalu. Malah menerusi foto yang dimuat naik juga kelihatan seperti dia mengagungkan media China dan merendahkan media Melayu. Tindakannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang daripada pihak media Melayu kerana selama ini pihak media tidak pernah menyoal atau mempertikaikan mengapa mereka tidak mendapat sebarang jemputan ke konsertnya sebaliknya tidak semena-mena dituduh tidak menyokong kerjaya anak seni itu. Tidak lama selepas itu, Shila dan bapanya ND Lala telah muncul di dalam sebuah sidang media untuk menjelaskan segalanya, namun media melahirkan rasa kekecewaan mereka kerana sesi penerangan yang dilakukan oleh ND Lala dan Shila Amzah turut sama digunakan sebagai kesempatan untuk menghentam beberapa orang wartawan. ND Lala kemudian memfailkan saman kepada sebuah akbar kerana mendakwa telah membuat fitnah apabila menyatakan konsert anaknya itu telah ditaja oleh sebuah syarikat perjudian.

Ketika pergolakan keluarga Shila Amzah dan media tercetus, timbul pula isu ND Lala berhutang dengan pelakon Den Wahab. Den Wahab akui hutangnya berjumlah RM15 000 masih belum dibayar sejak tahun 2000. Shila Amzah kemudian menempelak Den Wahab melalui laman Twitter. Antara ayat yang di keluarkan Shila dalam status Twitter miliknya itu adalah "Dah berumur separuh abad...tapi kalau biadap juga. Don't deserve anyone's respect juga"








12. Gosip Zizan Razak Dikatakan Bercumbu Mesra Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang Serta Disaman Bekas Pengurus RM500 000.


Sebuah ruangan gosip akhbar mingguan telah melaporkan pelawak Zizan Razak dan Emma Maembong tanpa segan silu teah bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan sensitiviti penumpang lain yangberada di sekeliling meeeka, Namun Zizan yang ditemui media, telah menafikan oerkara tersebut malah memberitahu pihak media bahawa gosip itu seperti tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.

Kemudian pada pertengahan tahun ini berlaku kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya, sehingga pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.








13. Azwan Ali Cetus Kontroversi Apabila Melakukan Selfie Ketika Menyambut Kepulangan Mangsa Nahas Pesawat MH17

Nama Azwan Ali sering terpalit dengan kontroversi pada tahun ini, antara yang paling hot adalah foto selfie yang diambil ketika menyambut kepulangan mangsa nahas pesawat MH17. Akibat memuat naik sekeping foto selfie itu di dalam Instagram ketika berada di Dataran Merdeka, Azwan Ali dikecam oleh peminat termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad. Dia ditegur pelakon Sharnaaz Ahmad dalam Instgaram tidak sensitif dengan mengambil selfie ketika negara sedang bertafakur.

Bagaimanapun Azwan Ali menegaskan dia tidak akan ambil peduli dengan komen negatif Sharnaaz kerana dia menjelaskan foto itu di ambil bukan saat ketika seluruh rakyat Malaysia serentak bertafakur.

Bukan sahaja itu, paling hebat nama Azwan Ali terpalit dengan kontroversi fotonya mengenakan hijab dan bersolek seperti wanita muslim di Instagram juga dikecam peminat dan ramai pihak. Pun begitu, Azwan Ali terpaksa menjelaskan hijab dan solekan itu dikenakan bertujuan untuk menjayakan sebuah iklan komersil.









14. Gurauan Chef Wan Terhadap Foto Hina Objek Penemuan MH370 Dikatakan Melampau

Chef selebriti, Datuk Chef Wan didakwa telah mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58. Dalam entrinya itu, Chef Wan telah bergambar dengan sekeping objek yang dikatakan menyerupai sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib. Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia. Chef Wan kemudian muncul dan menjelaskan dia sengaja mahu melihat reaksi rakyat Malaysia dan beliau sudah pun bersedia untuk menerima kesan daripada gurauannya itu. Bagaimanapun foto itu telah dibuang oleh Chef Wan.








15. Pelakon Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang



Penghujung tahun ini, diakhiri dengan kontroversi daripada pelakon Putri Mardiana iaitu salah seorang peneraju filem Santau. Setelah agak lama menyepi dalam industri lakonan, namanya menjadi bualan apabila telah ditangkap berkhalwat oleh pihak JAIS di kediamannya bersama dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Pun begitu, Putri memberitahu dia dengan jejaka itu tidak melakukan apa-apa perbuatan zina, malah mereka sudah punmerancang hendak berkahwin selepas kekasihnya baru sahaja menceraikan isterinya. Bagaimanapun kenyataan Putri itu dibidas oleh isteri kekasihnya yang mendakwa Putri berbohong kerana wanita itu akui mereka masih sah suami isteri dan suaminya masih belum melafazkan cerai terhadap dirinya.

No comments:

Post a Comment

Close